Wednesday, April 23, 2014

Interview CAT-ACCA UiTM

Date : 21 April 2014
Venue : Level 14, SAAS Tower, UiTM Shah Alam
Time : 8.30 a.m

Actually aku dapat dua program. Tak tahu la macam mana boleh jadi macam tu. Time mohon kat online.uitm.edu.my dulu dia bagi dua pilihan. Pilihan satu aku letak CAT-ACCA. Lepas tu fikir fikir balik takkan nak letak pilihan dua pon CAT jugak. So aku pon pilih CBA ( certificate in business accounting). Lagipon CBA ni course baru so tak ramai yang ambil. Maybe tu la sebabnya aku dapat dua program kot. Oh, program CBA interview dia pukul 2 tapi aku tak pi pon :D

Hari interview tu aku bangun pukul 5, siap-siap semua, turun la kat lobby dalam 6.30 camtu. Awal kan? Haha. Takut tak sempat. Orang teksi banyak pesan hari weekday kena keluar awal because nanti jalan jammed. 6.30 turun, tunggu teksi pukul 7.05 baru dia datang. Haih kecut perut oo. Yang pemandu teksi tu bawak laju gilaaa sampai dekat dekat nak eksiden. Ngeri wo.

Dalam 7.30 macam tu sampai. Tapi tak terus naik tingkat 14 lagi. Ronda-ronda dulu pi toilet apa semua. Pastu naik la tingkat 14 tu. Oh rupanya ramai jugak yang datang awal. Depa depa tu dok baca majalah perakaunan hehe aku malas nak ambil so gunalah data search apa-apa yang patut. Tunggu dalam 10 minit macam tu Yan dengan Wani baru datang. Sembang pi sembang mai dah pukul 8.30. Punctual kot timing dia.Pukul 8.30 masuk bilik kuliah buat ujian bertulis 20 minit. Sebelum masuk ada sorang kakak ni dok ambil kehadiran. Dia tengok aku dapat 2 program so dia kata adik tak perlu datang yang sesi petang. Aku cakap okayyy then dalam hati macam Yess! boleh pi jalan-jalan. ;)

Tajuk dia lebih kurang macam ni, "role of accountant in business and what inspires you to take this professional program at UiTM" Tak lebih dari 200 patah perkataan. So aku ni dah la lama tak mengarang, idea pon merapu gila. Haha rusty brain. Tapi aku ada masukkan quote yang popular ni "a hospital needs a doctor, a factory needs an engineer but both of them need accountant" Then ada la aku tulis pasal Siti Aisah Kamarulzaman tuu. Actually baru aku perasan aku silap tulis nama dia. OH NO! Orang dok sebut Siti Aisyah, so ejaan aku tulis Aisyah la padahal Aisah. EEEEE! -__- Okay enough of the essay.

Lepas siap tu hantar la kan, tunggu la kejap kat luar. Untuk interview aku dapat panel 1, sama dengan Wani. Yan panel 3. Tunggu dalam 3 jam macam tu barulah boleh masuk interview. Tapi tak terasa sangat 3 jam sebab dok sembang dengan budak kelantan, Akmal. Dia dapat 8A pon humble ja, baguslah orang macam tu :)

Dalam dok menunggu tu Yan datang kat kami, dia dah selesai interview. Kami pon soal siasat Yan. Panel 3 tu dia akan bagi petikan, suruh kita baca dan fahamkan then dia akan tanya soalan pasal petikan tu. Yan dapat petikan pasal bar code. Panel tu tanya apa faedah sistem barcode ni. Interview in English wei. Yan kata kesian kawan yang interview sekali dengan dia, dapat petikan pasal history and kawan dia tu pon taktau nak terang macam mana. Panel ni dia nak tengok knowledge kita. Soalan wajib ialah introduce yourself, why you want to go for CAT even it's a certificate only, did you know that this program in risky (and panel akan psycho kita sikit-sikit time ni) lebih kurang macam tu la soalan-soalan dia. Untuk interview masuk 3 orang sekali.

So pukul 11.30 aku masuk la. 11.45 keluar. See? Sekejap ja pon. Aku masuk dengan budak MCKK and Seri Puteri Cyberjaya. Rasa macam kuman tau takk?!! Masuk tu bagi salam, then interviewer tu suruh duduk. Then dia tanya budak MCKK tu dulu. Who is your idol in this business field? Pastu random talk ja la. Then giliran aku. Soalan introduce yourself. Why do you want to take CAT? Aku jawab because it's the shortcut to be a chartered accountant. Dia psycho sikit you're quoting it from ACCA's website. Aku jawablah no,im not. Diploma degree and finally ACCA will take a longer time but it's not risky as taking CAT then ACCA. Dia angguk ja la.Pastu dia tanya what are your first 3 choices for UPU? Aku jawab dip accountancy, banking and information system. Dia komen la kata aku nak lari dari science field. Aku pon yes ja la and kata that explains my SPM results. Dia tanya sikit ja pon, dia banyak explain pasal benda ni. Dia kata dia taknak kami buat pilihan yang silap.

Then beralih kepada budak Seri Puteri tu. Hehe, orchestra member, perform kat Sydney Opera House, boleh main 4 instruments, pegang jawatan penting, terlibat dalam AJK Sponsorship nak cari sponser ke Aussie.Interviewers macam kagum weih. Aku pon kagum. Huhu. Dia pon kena soalan introduce yourself. Rupanya daddy dia accountant, kak dia pon dok ambil ACCA sekarang. Heh heh heh --'

Basically tu ja la. Lastly dia tanya takda soalan ka? Aku capat-cepat angkat tangan and tanya, if i've completed my CAT then i dont want to pursue my studies for ACCA yet, can i take degree first? Hahaha grammar lari na. Malu aku. Hahaha. Dia jawab no, for local uni depa tak pandang CAT. If nak go for degree first, pi overseas. Then dia tanya lagi mana aku tau kata boleh ambil degree locally. Aku cakap ja yang aku terbaca dalam somebody's blog. Dia macam ohh pastu dia explain lagi pasal hal tu.

Lepas tu habis. Salam salam cakap thankyou apa semua keluar la dari bilik tuu.

I'll reward myself for not being too nervous like the head prefect's interview. Suara okay, tak slow. Cakap english pon confident jugak. Masih boleh tersenyum. Hahaha. Congratulation dear self. You're not a chicken anymore. :D


1 comment: