Monday, May 12, 2014

The Future

Hi.
Tajuk nak gah ja kan? Hehe. Harini nak story sikit pasal masa depan aku.

Aku minat nak jadi accountant,accountant yang certified punya so bila aku dapat interview CAT-ACCA dekat UiTM Shah Alam, aku happy sangat. Bila pi sana, lagi happy sebab environment dia best. I can survive there. But then bila result CAT-ACCA tu keluar pada 10 Mei (kira-kira 2 minggu lepas interview) , aku tak dapat. My friends semua dapat. Aduh egoku tercabar. I think i did good. I was talking confidently. Tapi takpa la, takda rezeki. Plus candidates lain ramai yang lagi hebat daripada aku. Maybe kalau aku masuk yang ni aku akan stressed out, yelah program setahun ja. Allah knows best kan. :)

Okay, ni hal Matrik pula. 25 April check, dapat matrikulasi Perak, jurusan perakaunan. Masuk 26 Mei ni. Adoi tak sahkan lagi jugakkk. Memang la setahun ja then continue degree 4 tahun so 5 tahun la kan.Tapi takut jugak matrik ni because tak semestinya nanti kita akan dapat course yang kita minat. Berat nak pergi matrik sebab belajar dalam BM. Nanti degree dalam BI pulak.  Then sebab masa dia yang terlampau packed. Walaupun cikgu kaunselor duk suruh aku pi matrik tapi aku tetap nak diploma. Hati aku rasanya takda kat matrik. Hehe. 

Then, 10 Mei jugak keluar result UPU. 11 Mei keluar kampus dia di mana. Diploma Pengurusan Bank UiTM Machang, Kelantan. Masuk 2/6 kot. Aku tak sahkan nak pergi atau tidak lagi. Aku memang nak masuk UiTM tapi nak diploma perakaunan. Kenapaaaa tak dapat?!! :( Sedih sebenarnya tapi banking pon okay jugak. Boleh pakai bebas. Hari tertentu ja pakai baju kurung. Nanti kerja dengan bank dapat bonus beribu ribu hehehe nampak sangat mata duitan $$$$ . Banking ni banyak baca rasanya. Kalaulah dapat diploma akaun aku memang akan pergi UiTM instead of KPM. Angan-angan aku tu. Haha. Dip account->degree-> kerja sambil buat ACCA 1 year and half. Hm. Harapnya akan jadi kenyataan satu hari nanti. Amin :)

Next is KPM aka Kolej Profesional MARA. Diploma perakaunan di Beranang, Selangor. Masuk 1/7 ni. Bulan puasa wehhhh. Nak orientasi macam mana. I wonder why kolej ni tak popular eh? Padahal MARA biaya semua except yuran pendaftaran and buku teks. Adakah kalau aku masuk sini nanti majikan tak pandang sebab bukan IPTA? Masa depan aku cerah kah di sini? Sambung degree lama tak kalau daripada KPM nak ke IPTA? Nanti bila grad takda segempak IPTA. Tempat pon kecik ja tak macam IPTA. Tu hakikat la kan. This KPM kan rules dia macam sekolah sikit. Baju kurung ja ke kuliah. Outing pon sama kot. Kalau aku masuk surely aku akan lebih menghargai baju kurung. Hahaha yala baju kurung aku 3 pasang ja yang ada sekarang ni.Haritu pi buat lagi 3 pasang lol. Baru 6 pasang. Muakla org tengok aku pakai baju yang sama ja nanti kan. 

Aku tak tahu nak pilih yang mana. Tapi tengok cara aku tulis tu macam KPM jadi pilihan kan?:)
Saya seorang yang berperangai lalang. Kejap rasa semangat sangat nak masuk, macam nak bayar yuran cepat-2, buat medical check up siap-siap apa semua anddd kadang kadang bila doubts datang aku jadi gelisah. Hati aku tak berapa nak tetap lagi ni. Mohon petunjuk Allah dan aku berserah ja la. 3 malam dah buat istikarah tapi still aku tak yakin lagi. 

Complicated kejap :(

Till then.

No comments:

Post a Comment