Sunday, July 6, 2014

Freshie KPM Beranang

Hallu bloggie. Officially aku dah jadi mahasiswi KPMB atau nama englishnyaa MPCB ceyy stylo habeh ah tuu :p

So yea, orientasi dikenali sebagai Minggu Jalinan Ukhuwah (MJU) dekat sini. Berlangsung selama 4 hari ja. Bulan puasa kan. Ingat aktiviti biasabiasa ja and taklimat banyak tapiiiii kena teruk sikit laa. Haha.

Okay lah cerita by timeline lah sepanjang seminggu kat sini.

1 Julai
Hari selasa baru pi daftar. Aku stay rumah mak sedara 3 hari 2 malam. Alhamdulillah la dapat pulihkan hubungan dengan kazen. Dulu, depa balik perlis aku tak cakap banyak sangat dengan depa. Apa masalah aku pon taktau. Kena label berlagak. Lol. Second night sebelum daftar kpm ni layan cerita Ia Wujud n cerita romantik satu. Best ah.

So hari selasa tu, kena daftar 8.30. Pukul 6.30 pagi bertolak dari rumah mak sedara kat Banting. Dalam sejam setengah sampai ah kpm. 8.15 sampai. Masuk masuk ada OC bagi kertas senarai semak dokumen dengan perbelanjaan buku. Tengok mahal jugak buku acc. Rm400++ yo. Nasib dedi i bawa duit.

Aku masuk DIA dip in accountancy kat sini.

Lepas siap daftar, bayar duit semua. Masuklah kamsis khadijah. Kamsis is kampus siswa ye anak anak. Kamsis ni nampak je buruk dr luar tapi bila masuk syukur sangat lah bilik luas, almari besi yang baru, katil empuk, ah cuma bantal dia tak bagi. Bawa la bantal sendiriii. Meja study pon ada. Toilet pon dekat dengan bilik. Happy aku :D Lepas siap siap semua, 11;30 kena pi dewan besar ada taklimat pasal kpm, gred and so on. Lepas habis taklimat, bye bye kat parents, naik bilik rest and turun 2:45 pulak untuk salam perkenalan bersama OC. Time ni la dapat baju kpm beranang kaler blue black plus hijau pucuk pisang yang akan dipakai selama 4 hari :D Basically apa yang aku dapat time orientasi ialah ; - Tarian banana open yang boleh jadi super hilarious apabila orang yang badan fleksibel buat ..ba na na open, ba na na throw, ba na na throw throw, ba na na eat, ba na na eat eat, ba na na close... - Tarian jambatan goyang goyang yang best! ..jambatan goyang goyang , ku takut tenggelam , lalu aku berenang , habis basah bajuku lalu aku sidainya , ku pakai semula , caaaantik taak?!.. - Tarian watlek watpis . Lagu tu oleh Caprice. Best gilakkk baq hang! Berseronok aku time buat ni bcs OC Haiqal kata kita kenalah SPORTINGGGG ;D - Tarian Shikata apa tahh . Macam tarian potong buah dah aku tengok - Tarian 10 sen, 20 sen, 50 sen, seringgit yang lawakkkkk dan amat lah censored di bulan ramadan nii. It's like tarian goyangkan pinggang dan pinggul ehem - Game ada banyak yang menarik. Ada satu game ni buat aku tertarik. Roti john special vs martabak daging. Memang nak tengok orang tu tamak atau tak je. - Bila OC (orientation committee) perkenalkan diri, catat lah nama diorang, biro apa semua sebab aku kena dapatkan tandatangan OC OC semua ah. Nasib baik masa suntuk mau tak mesti kena denda sebab tak complete tandatangan 41 OC. - Lagi satu, OC OC ni acah acah garang je padahal mereka sangat lah okay. Yang garang tu biro disiplin ah. Tapi lepas orientasi habis baikk je - Untuk tentukan kelas, ada test english. So haritu test ni buat dalam lecture theater yang sejukkk, lepas buat dalam sejam lebih dakdak DIA ni semua tertidurrr letih punya pasal :3 - Hari last orientasi best, sebelum subuh buat pt tu which is lompat bintang. Best jgk even awal awal tu aku cam blur acanolaaa nak buat benda tu. Tiru ja org buat heheh. Tp lama lama faham la. Solat subuh di atas padang, sujud di atas rumput pastu main golek golek atas rumput, dapat la tidur jap. Best gila tau at that time. - KO-Q pulakk, sem 1 ni kena ambil sukan/kelab. Aku masuk taekwondo ah. Hehe. Sem 2 pula kena ambil unit beruniform, either bomba or jpam. Nantilah aku fikir aku nak yang mana. Sem 3/4, ada khidmat masyarakat oh. - Di sini juga aku akan belajar mandarin. Oh a piece of advise, buku tu kalau beli dari senior pon okay. Buku mahal kut. Kalaulah aku tau, aku beli ja buku teks account, bisnes apa bagai tu kat senior so aku beli module ja yang baru. Haihh if only i knew kan. - Nanti ada dalam list suruh beli calculator dan dictionary eng-eng. Calculator tu yg 570 tuuu (yg guna zaman spm tu) and dictionary kalau ada dah yang eng-eng bawa la. Akan jimat RM55 di situ. So tu ja la kot. Malas nak tulis lagi. Haha. Bottom line aku bersyukur belajar sini. Kamsis best, jumpa dah kawan boleh buat geng, tinggal belajar je belum. :) Lagu kpm , mara and lagu tema orientasi kali ni

3 comments:

  1. assalammualaikum kak. boleh tak saya nak mintak email akak.?
    nak tanye lebih lanjut pasal kpm ni.
    sebab saya akan masuk sana 23/6 ni. hehehe nervous

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..boleh x saya nk pm akak?? saya nk tanya pasal kpm ni..saya bakal jadi student di situ..������

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..boleh x saya nk pm akak?? saya nk tanya pasal kpm ni..saya bakal jadi student di situ..������

    ReplyDelete